DIOLUHTAN. Islam
menganjurkan umatnya menghargai nikmat yang dikaruriakan oleh Allah Subhanahu
wa Ta‘ala dan melarang mencelanya. Antara nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala
terhadap makhlukNya ialah makanan.
Makanan
itu suatu nikmat yang sangat penting bagi manusia, kerana manusia memerlukan
makanan untuk hidup. Makanan itu pula ada kalanya disukai, sedap dan mendatangkan
selera dan ada kalanya pula sebaliknya. Apabila dihidangkan dengan makanan yang
tidak disukai, tidak sedap dan tidak mendatangkan selera, ada kalanya seseorang
itu tidak dapat menahan diri untuk menjelek-jelekkan
makanan tersebut.
Janganlah mencela makanan, tinggalkan saja kalau kita/anda tidak
suka. Tak perlu beri komentar tanda yang seolah-olah menolak rejeki Allah.
Imam Nawawi mengungkapkan dalam kitab Riyadhus Sholihin mengenai
tidak bolehnya mencela makanan dan disunnahkan memujinya. Beliau mengungkapkan
dua hadits dari Abu Hurairah dan Jabir berikut ini.
Dari Abu Hurairah, ia berkata,
Ù…َا عَابَ النَّبِÙ‰ُّ – صلى الله عليه وسلم – Ø·َعَامًا Ù‚َØ·ُّ ، Ø¥ِÙ†ِ
اشْتَÙ‡َاهُ Ø£َÙƒَÙ„َÙ‡ُ ، ÙˆَØ¥ِÙ†ْ ÙƒَرِÙ‡َÙ‡ُ تَرَÙƒَÙ‡ُ
“Tidaklah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
mencela suatu makanan sedikit pun. Seandainya beliau menyukainya, beliau
menyantapnya. Jika tidak menyukainya, beliau meninggalkannya (tidak
memakannya).” (Muttafaqun ‘alaih.
HR. Bukhari no. 5409 dan Muslim no. 2064).
Larangan Mencela Makanan dan Minuman
Imam al-Ghazali Rahimahullah berkata
dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin bahwa seharusnya seorang muslim itu ridha dengan
rezeki dan makanan yang ada. Apabila sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak
disukai, tidak sedap atau tidak mendatangkan selera, maka janganlah makanan itu dicela,
cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya.
Dalam hal ini, Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam merupakan contoh terbaik yang patut diteladani. Abu Hurairah
Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan : “Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak sekali-kali mencela makanan. Jika Baginda
menyukainya Baginda memakannya, dan jika Baginda tidak menyukainya Baginda akan
meninggalkannya (tidak memakannya)”(Hadits riwayat al-Bukhari)
Lihatlah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan
cara bagaimana menghadapi makanan yang tidak kita sukai, yaitu dengan
ditinggalkan. (Bahjatun Nazhirin, 2: 51).
Ibnu Baththol rahimahullah mengatakan,
“Inilah adab yang baik kepada Allah Ta’ala. Karena jika seseorang menjelek-jelekkan
makanan yang tidak disukai, maka seolah-olah dengan ucapan jeleknya itu, ia
telah menolak rizki Allah.” (Syarh Al Bukhari,
18: 93)
Syaikh Muhammad bin Sholeh Al ‘Utsaimin rahimahullah menjelaskan, “Makanan dan minuman yang dinikmati ketika disodori pada kita, hendaklah
kita tahu bahwa itu adalah nikmat yang Allah beri. Nikmat tersebut bisa datang
karena kemudahan dari Allah. Kita mesti mensyukurinya dan tidak boleh
menjelek-jelekkannya. Jika memang kita suka, makanlah. Jika tidak, maka tidak
perlu makan dan jangan berkata yang bernada menjelek-jelekkan makanan
tersebut.” (Syarh Riyadhus Sholihin, 4: 199)
Namun tidak mengapa jika memberi kritikan pada yang masak,
misalnya dengan berkata, “Hari ini
masakanmu terlalu banyak garam, terlalu pedas atau semacam itu.” Yang
disebutkan ini bukan maksud menjelakkan makanan, namun hanyalah masukan biar
dapat diperbaiki. Lihat idem, 4: 200.
Dalam satu riwayat lain yang
diriwayatkan oleh Muslim, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata : “Aku tidak pernah sekali-kali melihat
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mencela makanan. Sesungguhnya apabila
Baginda menyukainya, Baginda memakannya dan apabila Baginda tidak menyukainya
Baginda diam.” (Hadits riwayat Muslim)
Berdasarkan hadits di atas, para
ulama mengambil kesimpulan bahawa makruh mencela makanan yang halal dimakan.
Adapun makanan yang haram pula maka bolehlah dicela dan melarang orang lain
memakannya.
Imam an-Nawawi Rahimahullah
berpendapat bahawa antara adab makan yang penting untuk dijaga ialah tidak
mencela sesuatu makanan yang dirasakan tidak sedap atau tidak menepati cita
rasa; umpamanya mengatakannya masin, masam, kurang garam, cair, tidak cukup
masak dan sebagainya.
Sebahagian ulama mengharuskan
mencela makanan jika ianya bertujuan untuk mengkritik cara masakannya, bukannya
bertujuan untuk mencela makanan tersebut. Bagaimanapun, menurut Imam Ibnu Hajar
al-‘Asqalaani Rahimahullah, larangan mencela makanan tersebut adalah umum
kerana mencela masakan seseorang boleh melukakan hati orang yang memasaknya.
Akan tetapi jika ianya bertujuan untuk kebaikan masa hadapan, iaitu supaya
masakan tersebut dapat diperbaiki maka tidaklah menjadi kesalahan menurut
sebahagian ulama.
Jika dihidangkan sesuatu makanan
sedangkan makanan tersebut tidak disukai ataupun tidak pandai memakannya, maka
diperbolehkan menolak dengan mengatakan: “Saya
tidak menyukai makanan ini” atau “Saya
tidak biasa atau tidak pandai memakannya” atau dengan apa jua ungkapan yang
seumpamanya.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
pernah dihidangkan dengan daging dhab bakar lalu Baginda tidak mahu memakannya.
Khalid bin al-Walid Radhiallahu ‘anhu lalu bertanya kepada Baginda : “Adakah dhab itu haram wahai Rasulullah!?”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun menjawab : “Tidak, akan tetapi binatang itu tidak ada di bumi (lingkungan) kaumku,
sehingga aku tidak menyukainya.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah riwayat yang lain pula
diceritakan bahawa Baginda menjawab : “Makanlah
kamu, sesungguhnya ianya adalah halal. Akan tetapi ianya bukanlah daripada
makananku (yang biasa aku makan).” (Hadits riwayat Muslim)
Hendaklah
Memuji Makanan
Adapun dalam masalah memuji makanan dapat terbukti dari hadits
Jabir bin ‘Abdillah berikut ini.
Dari Jabir bin ‘Abdillah, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya
kepada keluarganya tentang lauk. Mereka lantas menjawab bahwa tidak di sisi
mereka selain cuka. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu bersabda,
Ù†ِعْÙ…َ الأُدُÙ…ُ الْØ®َÙ„ُّ Ù†ِعْÙ…َ الأُدُÙ…ُ الْØ®َÙ„ُّ
“Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk
adalah cuka.” (HR. Muslim no. 2052).
Perhatikan, ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam meminta
lauk, yang ada hanyalah cuka. Maka beliau pun tetap menyantapnya, bahkan
memujinya. Inilah yang dimaksud memuji makanan.
Jadi, di antara petunjuk Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah
jika beliau dapati makanan yang disenangi, maka dipuji. Begitu pula hadits
Jabir mengajarkan untuk bersederhana dalam makan. Kita juga bisa mengambil
pelajaran bahwa tidak semua yang disenangi jiwa mesti dituruti, kadangkala
keinginan semacam itu ditahan seperti diajarkan oleh Rasul –shallallahu ‘alaihi wa sallam– di sini. Lihat Bahjatun Nazhirin, 2: 51.
Memuji makanan yang telah di konsumsi
lebih baik daripada mencela makanan, Islam menganjurkan pula memuji makanan
yang telah dimakan. Bukan saja dianjurkan memuji makanan, bahkan Islam turut
menganjurkan untuk menyebut-nyebut apa saja nikmat yang dikaruniakan oleh Allah
Subhanahu wa Ta’ala sebagai tanda syukur.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala : “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah
engkau sebut-sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.” (Tafsir : Surah
adh-Dhuha: 11)
Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan
dalam kitab Al Azkar bahwa memuji makanan yang telah dimakan adalah sesuatu
yang dianjurkan oleh Islam dan merupakan suatu sunnah Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam. Ini sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Jabir
Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata : “Sesungguhnya
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah meminta lauk daripada keluarganya,
lalu mereka menjawab: Kami tidak mempunyai apa-apa selain cuka. Maka Bagindapun
memintanya dan memakan (makanannya) dengannya (cuka), lalu Bagindapun bersabda:
Sebaik-baik lauk ialah cuka, sebaik-baik lauk ialah cuka.” (Hadits riwayat
Muslim)
Makanan adalah nikmat karunia Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang
patut dihargai dan disyukuri dan jangan sekali-kali dicela. Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan manusia terbaik yang patut diteladani.
Apabila makanan yang dihidangkan kepada Baginda itu disukainya, Baginda akan
memakannya dan malah akan memuji makanan tersebut walaupun yang dihidangkan itu
hanyalah cuka. Manakala jika makanan itu tidak disukainya ataupun Baginda tidak
pandai memakannya, Baginda akan diam dan meninggalkannya ataupun menolaknya
dengan penuh kesopanan.
Hanya
Allah SWT yang memberi Taufik.
Referensi
:
Editor : Y.A. Yahya